Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

8 May 2016

melolong

generasi harapan - izzatul islam

dimana dicari pemuda kahfi
terasing demi kebenaran hakiki
dimana jiwa pasukan badar berani
menoreh nama mulia perkasa abadi

umat melolong di gelap kelam
tiada pelita penyinar terang
penunjuk jalan kini membungkam
lalu kapankah fajar kan datang

mengapa kau patahkan pedangmu
hingga musuh mampu membobol betengmu
menjarah menindas dan menyiksa
dan kita hanya diam sekedar terpana

bangkitkan negri lahirkan generasi
pemuda harapan tumbangkan kedzaliman

wajah dunia Islam kini memburam
cerahkan dengan darahmu
panji Islam telah lama terkulai
menanti bangkit kepalmu

bagi yang tak kesah dengar muzik, pegi dengar. aku recommend

*****
lolong, lolongan I bunyi suara yg keras dan panjang, jerit, raung (anjing dll): dia mendengar ~ anjing yg semakin kuat;
melolong meraung (anjing), menjerit, memekik (spt perempuan meratap): anjing itu ~ semalam-malaman; ia ~ apabila mendengar berita buruk itu
terlolong-lolong menangis terjerit-jerit, terpekik-pekik

*****
aku tak tau korang kesah ke tak. kalau benda ni bermanfaat, moga korang dapat manfaatnya. kalau tak, moga Allah jaga korang daripada post ni. 

aku terkesan gila2 dengan part

umat melolong di gelap kelam
tiada pelita penyinar terang
penunjuk jalan kini membungkam
lalu kapankah fajar kan datang

especially part melolong tu #deep

mungkin kita akan rasa lolongan umat tu macam tangisan anak2 di bumi syria. atau ratapan isteri di palestin. mungkin lah.

kalau boleh la, aku nak ajak kita semua rasa yang 
huha2 kat disko,
gelak2 berjoli,
bunyi motor merempit tengah malam,
orang meracau ambik dadah,
retis menyanyi2 benda2 maksiat,
orang mencarut2,
tu semua lolongan umat. jeritan dorang. ratapan. menangis.
umat dalam gelap. tapi diorang tak sedar pun benda tu gelap. kalau kau tak pernah nampak cahaya, kau takkan tau cahaya tu wujud.

dan dalam gelap tu, dorang terjerit2, meraung2, hidup dorang kosong, tapi tak tau nak isi dengan apa. kita dengar dorang melolong, tutup telinga, condemn.

dan kita yang dah ada kesedaran, kalau tak rasa dengan penuh sayangnya nak ajak umat sama2 mengenali cahaya Tuhan, tau nak condemn pemaksiat je,
bila dorang nak kenal cahaya?
bukankah Rasulullah di utuskan untuk membacakan tanda2 kebesaran Allah pada manusia, mensucikan mereka dan mengajar mereka kitab (syari'ah) dan hikmah (rujuk kupasan ustaz nouman in surah jumu'ah. may Allah bless him and his family and us all)?

bacakan tanda kebesaran dulu.

umat memerlukan. sangat.

lolongan kuat dunia ni, kalau kita tak cuba tenteramkan, gelap pekat dunia ni kalau kita tak cuba tunjuk jalan
lolongan tu akan jadi pekikan kuat yang menakutkan kat akhirat nanti. bila suara2 ni mula menyalahkan kita depan Tuhan, kenapa kita tak cuba kenalkan umat dengan cahaya Allah.
p/s : aku tak tau kalau korang tak rasa benda ni berat. atau kalau benda ni tak bermanfaat. maaf. aku memang suka feeling deep2 benda2 macam ni.

13 Apr 2016

si pencuri berserban

teguran ini
buat akulah yang pertama2.
buat sang diri
yang sering mencari salah manusia.

"lihatlah akan dia,
dia berdosa.
apakah tidak dia tahu,
perbuatannya nista?

lihatlah akan dia,
dia bermaksiat.
tiadakah dia malu,
sedang Allah itu Maha Melihat?"

merasa hairan,
mengapa manusia tegar berlaku begitu.
sesaat lupa,
aku lebih teruk di zaman jahilku.

kadang aku lupa.
sebelum disapa cahayaNya,
aku juga pendosa.
bahkan masih juga kini dan selamanya.

*****
(dah tak reti nak berbasa-basi)

kadang2 kita menipu diri sendiri. something happened. kita ceritakan, kata nak ambil pengajaran. tapi lepas part pengajaran tu habis, masuk semua part2 lain.

contoh;
kisah seorang lelaki yang mencuri ayam. 

tersebutlah dalam sebuah kampung, seorang pak leman membela ayam. satu hari ada orang curi ayam pak leman. jiran hujung kampung nampak seorang anak muda berserban mencuri ayam tu masa dia lalu otw balik from warung. dia bagitau pak leman. tapi, pencuri dah lari dengan ayam.

lalu hebohlah kesah ayam pak leman dicuri sang pemuda berserban. malam itu keluarga pak leman buat mesyuarat tergempar. mana taknya, ayam tambatannya hilang. dan dialog ini pun berlaku

PL: keluargaku, (ceh) ayam tambatan bapak sudah hilang. jiran hujung kampung tu nampak ayam bapak dicuri seorang pemuda berserban. *sobs*
A: berserban? mashallah! dah la berserban, mencuri? *geleng2kepala*
B: jiran tu nampak tak dia pakai baju apa?
C: ni la dunia sekarang, Islam pada serban je! besar tak serban dia?
A: pelik la dunia akhir zaman ni, sanggup diorang buat macam tu? tak tau ke berdosa?

-sekian-

aku hentikan cerita dongeng ni kat sini. moga2 korang dah nampak maksud aku. 

memang la apa yang dia buat tu salah. tapi tak baik la kalau kita cakap macam kita tak penah buat dosa langsung. tak baik la kalau cakap tu macam kita menghina. aku tak menangkan salah dia. tapi aku sedih bila kita ungkit lebih2. ya, aku pun selalu buat. sebab tu aku tegur diri sendiri. 

especially kalau benda ni jadi kat diri kita, or keluarga terdekat kita. susah untuk kita keep calm en.
tapi, ni sangat2 lah untuk diri aku,
kau suka ke kalau kau buat salah, orang ungkit sampai macam tu?
mungkin ada yang kata
"yelah, but on his part, dia tak patut buat macam tu."
sayang, we won't be accounted for what he did. but we will be accounted for apa reaction kita terhadap benda yang jadi tu. and are we gonna spend our time now mencela perbuatan dia?
"i know, tapi kalau jumpa dia, kita kena tegur. ad-diinu nasihah, right."
yup. betul. tapi what are we doing behind his back? ni bukan menegur.
"memangla. tapi kena la ambil pengajaran, kan?"
ok.

*senyum*

i think there's a better way untuk ambil pengajaran. like maybe, kita boleh go straight to the point, tell people it's wrong to steal other person's stuffs. kalau boleh jangan kaitkan dengan pelaku tu. better?

*****

imagine satu situasi di mana satu maksiat berlaku. dan pemaksiatnya bukan kita.

kadang2 Allah letakkan kita dalam satu posisi, di mana kita aware of maksiat yang berlaku tu. tapi kita takde kuasa (atas apa jua sebab) untuk halang pelaku maksiat, daripada terus bermaksiat. 

honestly, dalam situasi tu, benda yang paling mudah untuk kita buat, ialah mencanang cerita tentang maksiat tersebut dengan alasan nak ambil iktibar. 

percayalah. syaitan akan buat kita rasa naaaaak sangat sebarkan pasal maksiat tu. walaupun kita tak sebut nama pelaku.

nasihat aku, kalau waktu2 macam tu sampai, dan korang ada dalam posisi tu, tutuplah mulut2 dan telinga2 korang. rantai umpatan dan rantai fitnah terputus apabila ia tiba ke telinga seorang mukmin.

stop the ignorance. moga Allah redhai kita.

i don't know. doakan moga aku kerjakan apa yang aku katakan. bukan nak bajet baik, tapi ad-diinu nasihah, right :)

p/s: i haven't written this type of post for a verrry long time dah. maaf kalau tak paham. jzkk


30 Nov 2015

a town of bees

"Mereka tidak mendengar di dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia, dan tiada pula perkataan yang dusta." 
(An-Naba', 78:35)
Setiba aku di ayat itu, aku berhenti. Cuba menghadam. Cuba membayang. Meredah hidup duniawi ini, acap kali manusia dilukakan, bahkan juga melukakan dengan kata2.

Lalu bagaimana agaknya nanti, perasaan berada di tempat indah, tanpa kata2 nista? Tanpa ada yang dusta? Tanpa yang sia2? Bagaimana?

Lalu, dengan izin Tuhan jua, aku bukakan telinga.

Dengung2 kecil di seputar kawasan itu tidak walau sedikit pun mengganggu. Tidak walau sedikit pun menghancurkan ketenteraman ruang suci itu. Meski tidak saling berbicara, sekaliannya memperkatakan hal yang sama.

Terpaku.

Mushaf di tangan aku tutup. Mataku dipejam. Biar telinga yang menadah keindahan tiada peri.

Ta'jub. Aman. 

Tak sepatah pun dari perkataan manusia. Yang aku dengar cuma bait2 dari kalam Tuhan. Dan dari satu penjuru, aku dengar ada suara kecil membaca;
"Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa." 
(Al-Waqi'ah, 56:25)
 *speechless*

Tuhan, aku malu memohon ini, tapi kalau sebegini indah sudah ada di dunia, bisa tidak aku merasakan nikmat paling indah di sana?

*****
...and the more we have in the society that are connected to the book of Allah, the more alive that society become, so that the whole town would be like a beehive with the sound of the Quran. And that's the same sound that you hear when you come to a Quran school. 
(The Quran Kids)

24 Nov 2015

the overwhelming


"Dunia ni tempat berpenat.
Syurga nanti tempat berehat."

Maka merugilah mereka yang berpenat di dunia,
kemudian menyambung lelah di akhirat sana!

Ketahui dengan jelas tujuan hidupmu.
Lalu hiduplah untuk redha Rabbmu.

Jangan tertunduk di sana nanti,
menahan lelah yang tiada henti.

*****
Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?
(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan”.
Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak. 
(Al-Kahf, 18:103-105)
*****
 Pada hari itu banyak wajah yang tertunduk terhina. (Kerana) bekerja keras lagi berpayahan. Mereka memasuki api yang sangat panas. 
(Al-Ghashiyah, 88:2-4)
Kala penat merangkul jiwa,
bermuhasabahlah.
Apakah kita berpenat kerana Dia,
atau selainNya?

Kita berpenat ni,
untuk asbab yang berbaloi,
atau tidak?

the ascending stairways



Wahai Tuhan,

Huru hara bagaimanakah yang ada di hadapan?
Pada hari teman karib saling meninggalkan,
meski mereka saling berpandangan?

Aduh Yang Kuasa,

Azab bagaimana yang nanti kan memaksa,
seorang pendosa menebus dirinya,
dengan kesemua anak2nya,
dengan isteri dan saudaranya,
hatta dengan keluarga yang memayunginya.

Duhai Yang Perkasa,

Bala bagaimana yang nanti kan menimpa?
Sehinggakan tegar seorang pendosa,
menebus dirinya dengan dunia seisinya?

(Al-Ma'arij, 70:10-14)

*****

Sebenarnya mereka memandang azab itu jauh. Sedang Kami memandangnya dekat. 
(Al-Ma'arij, 70:6-7) 

18 Nov 2015

jiwa yang terhambat


bangun pagi tu, aku terus tengok jam. freaked out for a moment, then quickly jumped out of bed.
i'm late!
for what?
for class!

as i rushed through my morning routine on absolute autopilot mode, i can't help but wonder;
all these assignments, all these classes, i'm super tired. maybe i should quit.
quit what?
university life.

*****

berpagian dengan mata terpisat2,
hati yang terhambat.
aku penat!

tapi aku masih di larian ini,
mengejar yang tak pasti.

keliru.
celaru.

masih berlari di lapangan tiada pengakhiran,
mengejar duniawi yang nanti hanya ditinggalkan.

tapi,
bila larian itu berbekal hati yang tak rela,
tiba satu masa,
jiwa dah tak tertahan semua seksa,

aku jatuh.
tersungkur.

ada suara memaksa aku bangun kembali,
persetankan lelahku dan terus berlari.

aku tak rasa aku mampu bangkit kembali.

dalam jatuhnya aku,
aku teringatkan setiap hari yang aku lalui tanpa di hayati,
setiap hari yang aku lalui tanpa rela hati,
setiap hari yang tak dimulai dengan memulangkan puji pada Ilahi.

aku pejamkan mata,
aku pekakkan telinga,
dari hambatan keliling yang terlalu memaksa.

cukupkah hanya melafazkan 'Tuhan' di lisanku?

lalu,
di mana Tuhan dalam hidup aku?
di mana Tuhan dalam hati aku?

di mana aku?
di mana hatiku?

then it hit me hard.

dengan sinaran baharu di mata,
dan niat baharu di hati,
seolah diberi kekuatan lagi,
aku bangkit dan mulai berlari.

cuma kali ini aku berlari dalam arah bertentangan,
mungkin tiba masanya aku ubah haluan,
kerana mungkin selama ini aku berlari dari Tuhan.

*****


It's okay to fall down.
Close your eyes,
Take a deep breath,
And renew your niah.

24 Aug 2014

a reflection on 'belajar kerana Allah'


Alhamdulillah. Atas nikmat kurniaan hidup, atas nikmat kurniaan nafas, iman, Islam. Alhamdulillah atas segala yang diberi dan segala yang dijauhi. Alhamdulillah. Kita mensyukuriNya atas segala musibah yang menimpa seperti mana kita mensyukuriNya atas setiap nikmat yang dikurnia. Alhamdulillah, thummal hamdulillah. Dan seterusnya, saya tetap memulangkan segala sembah dan puji hanya kepada Dia. Alhamdulillah.


*****
Kita Belajar Untuk Apa?

Manusia normal tak lepas daripada berasa tertekan dan kecewa. Kan? Dan kita kecewa apabila kita tidak mendapatkan apa yang kita mahu. Kan? Atau apakah anda merasakan bahawasanya manusia kecewa andai mendapat apa yang diinginkannya? Sudah tentu tidak.

Sekarang, kita aplikasikan perihal kecewa ini dalam situasi kita sehari2an, yakni sebagai pelajar. Anda kecewa tak kalau markah kuiz anda 0/5? Atau anda gagal dalam peperiksaan anda? Bagi yang merasakan kecewa dengan kedua2 situasi di atas, saya ada soalan untuk anda.
"What do you expect out of learning? Dalam erti kata lain, apa yang anda nak sebenarnya daripada usaha anda belajar sehari2an ni?"
*krik.. krikk...* 

Sudah tentu anda mengharapkan markah penuh untuk peperiksaan anda atau lulus atau paling tak pun, belajar sebab nak boleh jawab periksa. Jadi bila anda tak dapat, anda kecewa. Kan?

"Alaa, siapa yang tak belajar untuk berjaya? Habis nak belajar untuk apa? Gagal?"
Tak. Belajar kerana Allah. Untuk jadi hamba yang lebih baik dan untuk bantu agama Allah.
"Belajar kerana Allah?"
Untung. Mana2 situasi pun untung.

Let me give you an analogy of a war.

Bayangkan di satu pihak ialah orang2 yang beriman kepada Allah dengan sebenar2 iman, dan di pihak yang lain ialah orang yang tak begitu beriman dengan Allah. Dalam sesuatu peperangan, the possibilities of the events yang mungkin terjadi kepada pejuang2 dalam peperangan itu ada 3.
  • menang
  • kalah
  • mati
Kan?

Sekarang, bayangkan ketiga2 possibilities tu dari kaca mata seorang mu'min.
  • menang (menegakkan syi'ar Islam dan disebabkan dia berjuang kerana Allah, Allah redha dengan dia dan inshaallah ada tempat di syurga.)
  • kalah (mungkin tak dapat apa2 di dunia, tapi disebabkan dia telah berjuang kerana Allah, Allah redha dengan dia dan inshaallah ada tempat di syurga.)
  • mati (disebabkan dia berjuang kerana Allah, dia mati syahid, Allah redha dengan dia dan inshaallah ada tempat di syurga.)
Untung. Mana2 situasi pun untung. 

Tapi kalau dilihat dari kaca mata yang kurang beriman dan tak berjuang kerana Allah dan berjuang hanya kerana kepentingan dunia (sebab berjuang tu kerja dia, atau sebab ego atau memang sebab nak menang ja);
  • menang (ya lah, menang di dunia, tapi setakat tu ja dia dapat, tanpa redha Allah.)
  • kalah (dah la kalah, tak dapat apa dia nak, Allah tak redha pulak tu.)
  • mati (ini, mati katak namanya, dah la tanpa redha Allah jugak)
Rugi. Mana2 situasi pun rugi.
"Ni perang. kita tengah cakap pasal exam kan?"
Samalah situasinya dengan peperiksaan pun. Kalau kita tak study kerana Allah, kita cuma 'untung' andai kita excel dalam studies. (itupun untung dunia ja) Atau dapat markah tinggi dalam exam. Tapi kalau kita belajar kerana Allah, gagal ka, lulus ka, markah tinggi ka, rendah ka, semuanya untung untuk kita.
"Tapi cukup ke sekadar menzahirkan niat lillahi pada lisan?"
Sudah tentu tidak. Pasti ada benda2 lain yang perlu dibuat dan adab2 yang perlu dijaga.

Belajar Kerana Allah

Lalu apa itu belajar kerana Allah?


syukur
Secara jujurnya, bila kita belajar kerana Allah, untuk ilmu Allah, kita seharusnya bersyukur dengan ilmu yang Allah bagi kat kita. Walaupun sedikit. Syukurlah kita faham walaupun sedikit. Syukurlah kita masih mampu belajar bila ada sahaja manusia2 di luar sana yang tak berkesempatan mendapatkan rezeki belajar seperti yang kita dapat. Walaupun boleh jawab 50% sahaja daripada keseluruhan peperiksaan, kita masih boleh jawab. Allah masih bagi kita rezeki ilmu untuk faham dan jawab 50%. Yang lagi 50%, mungkin belum dapat. Mungkin juga takkan dapat sampai bila2. Tapi sekurang2nya niat kita untuk mempelajari ilmu Allah itu tercapai. Gitu.

jangan kedekut ilmu

Kita nak ilmu Allah. Expect Allah untuk jadi pemurah dengan kita supaya kita dapat ilmu tu. Takkan kita pulak nak jadi kedekut dan tak mau share ilmu tu dengan orang lain pulak? Lagipun, bila kita berkongsi ilmu, kefahaman kita akan bertambah. Nah, bukankah itu yang kita mau?

jaga adab belajar

Kita nak mintak barang orang lain, mestilah mintak secara beradab kan? Nak ilmu Allah pun ada adabnya. 
Hormati guru; walaupun beliau ajar memang tahap tak faham, jangan kutuk beliau. Jangan tengking beliau. Jangan buat muka kat beliau. Jangan sindir beliau. Instead, selalu tolong guru. Buat homework and assignments. Dan kalau yang belajar dengan kawan, dia ialah guru anda. Jangan nak buat biadap walaupun dia sebaya atau lebih muda.
Hormati ilmu; jangan letak buku merata2, jangan koyak2 buku atau conteng yang tak patut. Instead, ambil wudhu' sebelum belajar. Ilmu itukan suci. Hadapilah ilmu dalam keadaan yang terbaik. Pakai pakaian yang bersih. Duduk sopan2 sikit!
Baca doa; doa kan senjata mu'min. Don't underestimate the power of a du'a. Doa tu permintaan hamba kepada Tuhan. Jadi, minta lah moga dipermudahkan urusan belajar.

allocate masa untuk Allah

Janganlah sebab nak study, solat habis tunggang langgang. Laju jangan cakap lah == Jemaah dah tak pergi. Stay up lambat sangat sampai tak tahajjud. Lagi teruk, sampai tertinggal subuh. Baca buku intense sangat sampai langsung tak baca Al-Quran. Jangan. Instead, banyakkan sedeqah, tahajjud, baca Al-Quran. Kita nak mintak daripada Allah, kenalah perbanyakkan buat benda2 yang Allah suka. Kan?

redha dengan apa yang Allah bagi

Lepas dah buat semua yang termampu dalam lingkungan kemampuan manusia, bertawakkallah pada Allah dan redha. Redha dengan apa? Dengan banyak mana pun ilmu yang dia nak bagi. Mungkin 100%. Mungkin 0%. Tapi, kena bersyukur. Segalanya ditentukan Allah dengan hikmahNya. Kita mengakui bahawa Dia yang paling Bijaksana dan paling Mengetahui. Siapa kita nak pertikaikan caturan Allah? Ingat, manusia hanya mampu berusaha. Yang menentukan di akhir hari, bukan dalam kekuasaan kita.

Jangan Salah Faham


Konsep redha dengan apa sahaja yang Allah berikan ini, bukanlah bererti anda berputus asa dan bukan juga bermaksud manusia tak boleh berusaha mengubah nasib mereka. Seharusnya, bila kita dah habis peperiksaan contohnya, muhasabah semula. Pelajaran apa yang kita masih kurang pemahaman, kita lalu tingkatkan usaha. Belajar, buat ulangkaji. Bukanlah biarkan tergantung, tidak faham sebegitu sahaja.

"Nak buat macam mana, setakat ni sahaja ilmu Allah nak bagi. Tak payah la nak susah2 belajar, ulangkaji. Aku redha ja."
Tak, itu satu fahaman yang salah lagi dipersalahkan. Redha memang redha. Tapi usaha lagi. Bab rezeki, makan minum sehari2 pandai nak usaha tambah, ilmu pun kena macam tu jugak.

Menukar Niat Itu Tidak Mudah

Sebagai manusia yang sangat lemah lagi dha'if ni, tak ada yang mudah bagi kita. Nak hidup pun kena ada Allah.


Sebab tu kita kena mintak kat Dia. Bukankah Dia sumber segala kuasa dan upaya? Bukankah Dia mampu buat apa sahaja yang Dia mau? 


Dan bukankah Dia Maha Mendengarkan segala doa?


Maka berdoalah dan ubahlah.


Walau tak senang, tapi ubahlah. Kerana Allah. Baik mula sekarang. Inshaallah belum terlambat. Ubahlah, kerana kalau nyawa sudah di kerongkongan, tiada yang tidak sia2.


Moga dikuatkan. Kita semuanya.