Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

31 Jul 2016

hadiah dari Tuhan

i kinda realised this not too long ago

kalau berdoa, aku prefer berdoa in english. kalau tulis diary, i prefer to write in english. aku tak merendah2kan bahasa melayu.

aku suka bahasa melayu. tapi yang sastera. bahasa melayu lama. bahasa melayu sekarang, kalau aku guna macam agak ceroi. macam tak sampai maksud.

bagi aku la. bahasa melayu aku pun tak elok sangat TTvTT

generally, kalau untuk menerangkan sesuatu konsep or untuk feeling bebanyak, aku rasa aku prefer english. tapi kalau cakap sehari2 aku still guna bahasa melayu.

k.
(imma start this ranting with some background story. feel free to close this tab. thank you.)

sooo, some might had already known this. but, anyways...

i was a degree student. and then i quit. not even midway. like midway of 2nd sem of 6 sems. sekarang di kolej Islam di salah satu negeri kat sini.

before aku masuk kolej tu (i was still a degree student masa tu), my mom and i pegi like tengok2 tempat tu. qadarullah, we met the registrar. so, we kinda sembang2 a bit dengan dia. told her my situation mintak opinion. yada yada. she's so nice. she speaks really good english. sounds so understanding. i made up my mind, imma quit uni life and sambung kat kolej tu.

fast forward, a few weeks ago (after about a month and a half aku start belajar kat sini) my mom met the registrar after solat. they were talking bout me. my mom was quite concern sebab i dont seem to get to learn what i wanna learn here (long story). i joined the conversation tho after that.

anyways, i remember one part of the conversation where she said to me (mafhum)
"i prefer using english. lebih sampai maksud."
i was like
'i know, right.' in my heart tho. i mean, someone finally understands me TTvTT
and we talked a bit more. and she ended up giving me this


hadiah dari Tuhan

this is never from anyone else. not the registrar, not the custodian of the two holy mosque, not anyone but Allah
How can you disbelieve in Allah when you were lifeless and He brought you to life; then He will cause you to die, then He will bring you [back] to life, and then to Him you will be returned.
(albaqarah, 2:28) 

p/s: i'll share bout this verse in other post inshallah.

seeker of recognition? (2)

im not sure how far imma go on this path. how deep imma dive. how lost imma stray. i dont know. i honestly dont.

like i bought supplies. tak tau la tu kira membazir or not.

*sighs*

maybe some will say
"buat la kerana Allah. lukisan dakwah. bla... bla..."
aku setuju. yes.

tapi, cant shake this one feeling off. like aku menggunakan niat kerana Allah tu sebab aku nak menyedapkan perasaan aku dalam berbuat apa aku nak buat. apa AKU NAK. okay?

aku paham je kalau orang lain tak paham apa aku cakap ni. mak aku pun kata dia tak paham. lol.

like,
am i doing this because of Allah, or because of me?

tolong doakan aku TT.TT Allahummaghfirli

seeker of recognition?

i dont even know how to start this.

*****

y'know, i've always been amazed by pretty people (like seriyesli cantekkkk. like orang2 cantek yang memang cantek ah.) yang berusaha mencari Allah. it just wows me without failing. i mean, bagi aku, BESAR kot ujian cantik tu. in most cases, mesti kau nak tunjuk kat semua orang muka kau tu. mesti kau nak orang puji. kau nak orang recognise. kau SEEK RECOGNITION (sweeping statement. anyways...)

same goes to orang yang suara sedap tahap kesedapan pizza. yang tarik tinggi macam teh tarik. berat kot ujian macam tu. peh tarik suara sikit, pemes. berat kot ujian tu.

and aku honestly dont categorise myself dalam kalangan tu. kalangan orang berujian besar macam tu. but of late, ada something yang aku baru sedar. aku tak penah sedar benda ni before. tak aku tak perasan cantik. terima kasih.

aku rasa, aku, in one way or another is seeking recognition guna drawings aku.
"peh peh, perasan dia lukis lawa abis lettew."
takde. betul. lukisan aku takde apa pun. tapi, aku rasa macam, aku ni desperate (hamboii perkataan tak boleh bomb lagi ke?) sangat la pulak nakkan worldly recognition tu. macam aku tengah cari something untuk compensate ke-tidak-cantik-macam-retis-an muka aku dan ke-tidak-merdu-macam-buluh-perindu-an suara aku.

*sighs*

seriyes ni. aku rasa macam sama je. aku lukis nak orang puji ngan orang2 lain amik gambar selfie gedik2 nak orang puji. SEEKERS OF WORLDLY RECOGNITION. aku pilih jalan yang mengecikkan diri aku di mata Tuhan untuk nampak besar di mata manusia TT.TT

aku takut sebenarnya. takut terlalu jauh pergi (ini gaya bahasa jenis inversi. terima kasih). takut terlupa nak balik. sebab tu aku tinggal breadcrumbs macam ni tengah2 jalan. moga2 nanti2 aku still tau jalan pulang TT.TT moga aku sedar, yang aku PERLU PULANG.

i'm sorry i rant. this is my blog anyways. doakan aku. please.

19 May 2016

wanita yang tak buat apa2

haritu aku ikut parents pergi suatu tempat. otw balik kami singgah masjid yang namanya tak perlu diketahui untuk solat zohor.

lepas wudhu', aku masuk dewan solat. lengang je. mak aku baru nak wudhu', aku masuk dulu. ada 2 orang selain aku. sorang kat penjuru kiri, pakai telekung, atas kerusi, sedang solat, mungkin. lagi sorang di penjuru kanan. pakai tshirt biasa2, tudung biasa2. sedang baca al-Quran. tetiba aku teringat DQ.

alhamdulillah, solat tahiyyatul masjid, solat zohor, ba'diah, bertambah sikit orang kat masjid tu. tapi aku perasan orang yang mengaji tu, still dok mengaji. dia baca pelan je. aku tak paham pun apa dia baca, tapi aku jadi terkesan sangat.

dah berapa lama aku tak mengaji lama2 macam tu? aku rasa rasa aku dah futur. tak, waktu tu aku acknowledge the fact yang aku dah futur. dan aku dah banyak give in dengan kefuturan aku. solat takde feel, baca al-Quran takde feel.

sepanjang aku kat rumah, doa sekadar di lisan, tapi waktu tu aku betul2 mintak dengan Allah. aku nak sangat. minta dijadikan hamba yang mempelajari kitab Tuhannya dan mengajarkannya. dan sebab mak aku tak selesai solat lagi, aku sempatkan diri capai al-Quran. baca sikit sebelum mak aku siap.

once mak aku dah selesai semua, aku nak letak telekung, aku keluarkan duit sikit. pergi kat wanita tadi, salam dia. dalam tangan dia aku selit duit tadi.
"eh? apa ni? takpe2. saya tak buat apa2 pun," dia cakap, sebak.
mata dia berkaca2. seketika kitorang saling "eh, takpe." kat situ. pastu dia menangis. aku tak tau apa yang dia lalui waktu tu. apa2 pun, moga Allah kurniakan kesabaran kat dia.
"terima kasih. terima kasih sangat."

aku speechless gila. dia tak tau apa yang dia dah buat TT.TT aku pun, alang2 orang dah nangis, aku nangis la sekali. pastu kami peluk 2 orang.
"doakan saya, ya." aku cakap kat dia.
dia angguk.
"moga selamat," dia kata.
pendek je doa tu. tapi aku rasa tenang sangat. pastu kami berbalas senyum, pastu aku ikut mak aku keluar.

hari tu jadi saksi. tak, Tuhan jadi saksi, masjid tu jadi saksi, seluruh anggota aku jadi saksi, wanita tu tak buat apa2 pun. dia cuma mengaji. tapi Allah jadikan dia sebagai asbab kesedaran aku. besarnya nanti ganjaran untuk dia.

aku harap dapat masuk syurga, berjiran dengan dia dan orang2 hebaddd lain.

10 May 2016

untuk kamu

aku tak sempurna

i never was
never am
and never will i ever be

jadi aku tak harapkan korang jadi macam aku

aku just harap korang diredhai Allah
tu je

aku takut
seriyes
kita bukan makin kecik

masing2 dah makin besar
bawak hidup masing2
bawak haluan masing2

aku harap jalan asing2 yang kita pilih ni,
jalan yang betul

cari kawan baik2
jangan berhenti menuntut ilmu agama
buat yang terbaik
ikut syari'at Allah
tajdid niat selalu
do'a

aku sayang korang
fillahi
lillahi

yang tak berhenti menyayangi despite the marah2,
akak

8 May 2016

lost

banyak post malam ni. hati tak keruan. ditampar post menyentap.
atau layak aku katakan ditampar dengan sekadar sentuhan?
Kehidupan di bawah bayangan al Quran ini adalah nikmat. Ia satu nikmat yang tidak dapat dirasai melainkan oleh orang yang mengecapinya sahaja. Benarlah tinggalan pesanan Sayyid Quttb guru kita yang kita kagumi itu. Nikmat ini, nikmat yang membersihkan usia seseorang, meluhurkan dan memberkati. 
(sumber) 
aku rindukan merasa jalan ini adalah nikmat. aku rindu berbagi ta'jub dalam mentadabburi i'jaz kalamullah. aku rindu. aku rindu. aku rindu.

aku tak tau di mana aku sekarang. aku tak tau. aku lost gila.

Tuhan, jangan izinkan aku mati begini. Tuhan, aku mohon.

a hadza lillahi?

cela pada langkah
lompong pada hati

cacat pada setiap yang kulakukan
ragu pada setiap perbuatan

terpunduk aku tertanya sendiri
a hadza lillahi?

5 May 2016

triggered

i'm triggered to write
so much so,
i'm ranting in my head
and my palms are sweating
dah tu, tulis je lah. why the big fuss? *mukatakbolehbelah*
ikut hati, aku nak tulis blog macam masa jahiloyah dulu.
rant all i want,
menangkan hati,
menangkan nafsu.

たすけて

22 Apr 2016

midnight thought

aku tau, dalam usia ajet2 remaja ni, mesti ramai (termasuk aku) yang selalu gak terpikir pasal jodoh, nak jadi a good spouse, nak didik anak macam mana, nak bagi anak nama apa, bilik anak kaler apa.

normal la tu kan?

tapi ramai jugak yang berangan2 macam ni tapi hubungan dengan mak ayah, dengan adek beradek, hancus.

aku rasa la daripada kita sebok2 berangan2 nak jadi a good parent, baik usaha sehabis baik untuk jadi yang terbaik dengan orang yang dah tertakdir berada dengan kita sekarang. mak ayah, adek beradek, atuk nenek, anak2 sedara.

sebab kita tak pasti pun lagi sempat nak kawin ke tidak atau ada rezeki ada anak atau tak, kan?

p/s : but still kena usaha jadi muslim yang baik. mohon jangan kecam

24 Nov 2015

the overwhelming


"Dunia ni tempat berpenat.
Syurga nanti tempat berehat."

Maka merugilah mereka yang berpenat di dunia,
kemudian menyambung lelah di akhirat sana!

Ketahui dengan jelas tujuan hidupmu.
Lalu hiduplah untuk redha Rabbmu.

Jangan tertunduk di sana nanti,
menahan lelah yang tiada henti.

*****
Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?
(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan”.
Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak. 
(Al-Kahf, 18:103-105)
*****
 Pada hari itu banyak wajah yang tertunduk terhina. (Kerana) bekerja keras lagi berpayahan. Mereka memasuki api yang sangat panas. 
(Al-Ghashiyah, 88:2-4)
Kala penat merangkul jiwa,
bermuhasabahlah.
Apakah kita berpenat kerana Dia,
atau selainNya?

Kita berpenat ni,
untuk asbab yang berbaloi,
atau tidak?

18 Nov 2015

jiwa yang terhambat


bangun pagi tu, aku terus tengok jam. freaked out for a moment, then quickly jumped out of bed.
i'm late!
for what?
for class!

as i rushed through my morning routine on absolute autopilot mode, i can't help but wonder;
all these assignments, all these classes, i'm super tired. maybe i should quit.
quit what?
university life.

*****

berpagian dengan mata terpisat2,
hati yang terhambat.
aku penat!

tapi aku masih di larian ini,
mengejar yang tak pasti.

keliru.
celaru.

masih berlari di lapangan tiada pengakhiran,
mengejar duniawi yang nanti hanya ditinggalkan.

tapi,
bila larian itu berbekal hati yang tak rela,
tiba satu masa,
jiwa dah tak tertahan semua seksa,

aku jatuh.
tersungkur.

ada suara memaksa aku bangun kembali,
persetankan lelahku dan terus berlari.

aku tak rasa aku mampu bangkit kembali.

dalam jatuhnya aku,
aku teringatkan setiap hari yang aku lalui tanpa di hayati,
setiap hari yang aku lalui tanpa rela hati,
setiap hari yang tak dimulai dengan memulangkan puji pada Ilahi.

aku pejamkan mata,
aku pekakkan telinga,
dari hambatan keliling yang terlalu memaksa.

cukupkah hanya melafazkan 'Tuhan' di lisanku?

lalu,
di mana Tuhan dalam hidup aku?
di mana Tuhan dalam hati aku?

di mana aku?
di mana hatiku?

then it hit me hard.

dengan sinaran baharu di mata,
dan niat baharu di hati,
seolah diberi kekuatan lagi,
aku bangkit dan mulai berlari.

cuma kali ini aku berlari dalam arah bertentangan,
mungkin tiba masanya aku ubah haluan,
kerana mungkin selama ini aku berlari dari Tuhan.

*****


It's okay to fall down.
Close your eyes,
Take a deep breath,
And renew your niah.

15 Nov 2015

jatuh cinta di bumi SHAMS




بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 


SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban.

Haha. Bukan tanah Syams di Arab dan bukan juga mentari bulat di angkasa.

Sebermula Sebuah Ceritera

Aku kira kisahnya bermula bila Allah meneguhkan hati aku untuk tak balik cuti mid sem. Sebab aku kira sangat pelik untuk seorang aku ni, tak balik cuti. Dan lalu rencana Dia diteruskan dengan KH mewar2kan pasal kekosongan bagi jawatan (lah sangat) fesi untuk satu kem ibadah di SHAMS. 

Long story short,
i decided to go.
Waktu tu cuma terfikir nak berkongsi setakat yang mampu. Yelah, ilmu pun sangat sipi nak dibandingkan dengan pelajar sekolah agama. Mula2 agak excited lah kot.

Tapi, waktu awal2 diberitahu fesi perempuan kena handle group lelaki, and vice versa, aku dah gelabit. Memang usaha cari orang ganti. Aku takut aku tak boleh nak cakap langsung depan kanak2 berlainan jantina tu. Dan Allah tetapkan, aku tak jumpa seorang pun yang boleh ganti aku. Ingat nak tarik diri je, tapi takut kejam sangat sebab dah last minute. Bila aku bagitau KH, dia ajak aku pergi je and kata;
kita cari hikmah sama2.
T.T


Menjejak Bumi SHAMS

Masa awal2 pergi, takde la rasa apa sangat. Tak expect apa2 yang lain. Aku pun pernah sekolah. Aku pun pernah pergi kem ibadah. Normal thang. Or so i thought. Jumpa fesi2 perempuan yang lain ; KH yang pergi dengan aku dari uni, KK, W, Z.

Then, masa taklimat program, walid (ketua kem ni) suruh students panggil fesi ustaz ustazah.

*pengsan*

sg1 : Aku rasa sangat tak layak ah untuk sesiapa pun panggil aku ustazah. So aku suruh kanak2 tu panggil akak je. Muda sikit. Eh? Aku rasa bila diorang panggil aku ustazah, diorang macam, hanya tertipu dengan luaran aku. Allahu.


Aktiviti

Untuk slot2 dalam kumpulan yang berikutnya, kitorang fesi kena masuk kumpulan berlainan jantina. Tapi, sebab kumpulan lelaki kurang daripada fesi perempuan, aku handle kumpulan perempuan malam tu.

sg2 : Diorang sangat bagi perhatian. Padahal isi yang aku sampaikan tu, rasanya dah dicover dalam slot2 ta'lim dan tazkirah di sekolah diorang. Jujur cakap, aku sangat tak prepare isi atas sebab2 tertentu. Aku goreng je mana yang mampu digoreng.

sg3 : Diorang sangat hormat. Walaupun aku dah bagitau, aku bukan lepasan sekolah agama, bukan budak pondok mana2, tak pernah pun belajar formal pasal agama. Aku rasa macam orang asing sangat. Seorang budak sekolah biasa, takde sangat pun ilmu agama, diorang terima aku. Adek2 jazakunnallahu khayran katheer.

Walaupun lepas tu semua yang aku handle are groups lelaki, alhamdulillah, aku boleh cakap. Takut nak start tapi, hakikatnya, Allah yang bantu. Group lelaki takdelah macam group perempuan kan. Ada batas2 yang aku tak selesa runtuhkan. Maaf adek2, aku macam tak membantu kalian sangat. Dan aku still tak faham trend 'buih sabun' diorang. Apakah?! Tapi, aku ok inshallah, adek2 aku kat rumah pun laki. Lack of attention and interest tu aku dah lali jugak la.

sg4 : Certain daripada diorang cuba bagi perhatian. Catit nota bagai. Yang tak catit, aku faham, adek2 lelaki kat rumah tu pun 2x5 je. Tapi, banyak je ayat2 diorang yang menyentap aku there and then. Ada yang pandai susun ayat. Mungkin boleh tulis buku.

sg5 : There's this one moment when walid tanya, siapa nak balik (tak nak join program ni)? Ramai yang angkat tangan. Aku tak terkilan sangat, mungkin sebab besar kemungkinan, aku yang f2 dulu akan angkat tangan. Tapi ada seorang budak ni, waktu walid suruh angkat tangan, dia instruct group dia untuk tak angkat tangan.

*speechless*

Moga Allah rahmati kau, dek.

sg6 : Kalau kat sekolah dulu, bila orang di panggil ke depan, tepukan adalah sign of support, kat SHAMS, selawat adalah support.

*touched*

sg7 : Ada yang qiam di masjid tanpa arahan dan tanpa pantauan ustaz ustazah ataupun fesi. Ramai yang jaga rawatib. Ramai yang terus capai Quran lepas subuh. Itu da'wah bi hal diorang pada aku biidznillah. Siapa kata da'wah tu hanya di medan bicara?

Harapan agama.



Harapan

Wallahi, aku dengar lagu hambaMu - Mawi & Ust Akhil Hayy dah sangat banyak kali. Sangat penat dah dengar. Waktu awal2 diberitahu lagu tu jadi lagu tema, aku dah
Eeeeeeeek. Tolonglaaaa.
Okay, over sangat. Takde la macam tu.

sg8 : Tapi masa diorang nyanyi lagu ni masa hari last, i just can't help but to get like, so overwhelmed. The only thing in my head was like, Allah, jaga la diorang ni. Tiba2 rasa sangat mengharapkan kebaikan bagi diorang, macam mana aku sangat mengharapkan kebaikan bagi keluarga kandung aku.


Hadek2

Jalan kat depan korang ni pannnnnnnnjang lagi. Jauh lagi. Dan korang akan jumpa benda yang sangat korang tak expect. Kalau korang satu hari nanti terpaksa memilih, pilihlah untuk menang di mata Allah. Persetankan pandangan manusia. Jujur dengan Allah.

Andai satu saat nanti korang nak berubah, tapi takut dicaci, takut dicemuh, takut ditinggal, takut berseorangan, takut kembali ke arah jahiliyah, pejam mata korang dan berubah je. Bila kita betul2 berubah kerana Allah, Allah ada dengan kita. With Allah on our side, who's there to defeat us?

Dan ketahuilah! Once korang decide untuk berubah, big possibility, korang akan rasa macam tak jumpa apa korang cari tu. Korang rasa ditinggalkan, down. Tapi jangan give up! Rasulullah tak give up waktu wahyu tak diturunkan sebelum turunnya surah ad-dhuha. Kita pun jangan give up. Allah tak membenci kita selagi kita berbuat di atas landasan Dia, kerana Dia.

The time will come, inshallah. Have faith.

Jangan lupa doa pada Allah. Hakikatnya, tiada pergantungan selain Allah. Mungkin Allah tak kabulkan doa kita straight away, tapi do know
Allah heard what you wished for. Just be patient. 
Adek2, jazakumullahu khayran katheeran katheera.


*****

Sejuk hati mak budak2 ni.


Jadi fasi pada nama,
hakikatnya,
aku rasa bahkan aku lah yang ditarbiyah.

Kalian adek2 hebad.
Aku sangat jatuh cinta dengan kalian.
Moga tercatat nama kita sebagai pembantu agama Allah yg mulia ni.

Wallahi,
apa yg aku tau,
mungkin hanya sipi dari ilmu kalian.

Tapi terima kasih sebab terima aku,
kalian hormat aku,
dan melalui kalian,
banyak Allah ajar aku.

Moga kita sama2 jadi penegak agama.
Doakan aku.

Bumi SHAMS jadi saksi pertemuan kita, perpisahan kita, usaha kita.

Usaha dengan doa,
masanya akan tiba,
dengan restu Ilahi,
kelak pasti akan ditemui

Ukhwah fillah.

*****


 

Ingat malas nak buat blog post macam ni. This travelogue lebih kurang type of thang. Tapi, sangat banyak ibrah yang saya rasa boleh dikongsi. Kalau tak pun, buat catatan saya sendiri. Moga tak lupa di kemudian hari. 

It's kinda awkward how aku feels more puitis than saya. Hence the aku thangs.

Sometimes the smallest gestures go straight to the heart. Hence the sg thangs. Get me? Small gestures - sg? Nevermind.

*****

Allahumma,
thank you for every single thing.
I learned A LOT.
Alhamdulillah tsummal hamdulillah.