22 Apr 2016

al-quran

Lepas maghrib, aku capai al-quran. Aku ajak Umar mengaji. Tanya dia setakat mana dia dah mengaji kat KAFA, dengar dia cerita sikit pasal sekolah. Raikan cerita dia, biar dia selesa. Kami mula dengan surah an-nazi'at. Aku suruh dia baca, aku semak. Biasalah, budak2, hampir semua ayat yang dia baca, kena diperbetulkan. Berkerut2 muka Umar. Aku senyum.

"Akak baca, Umar ikut, ya?"

Dia mengganggu kecik. Walaupun dia cuma ikut bacaan aku, still ada yang perlu diperbetul.

"Umar takkan boleh baca al-quran betul2." Dia kata tiba2.

"Mana ada." Aku balas. "Nak tau satu cerita?" Umar mengangguk.

"Nabi Muhammad dulu tak boleh membaca pun." Aku mulakan cerita.

"Macam contohnya, akak tulis atas kertas, perkataan bahasa jepun. Umar boleh baca tak?" Umar menggeleng.

"Tapi kalau akak sebutkan kat Umar, Umar boleh bagitau orang lain tak? Contoh akak kata perkataan yang akak tulis tu bunyinya 'ohayo'. Umar boleh ulang balik dan bagitau orang lain?" Umar mengangguk.

"Ohayo." Umar ulang tersengih2. Aku pun ikut sengih sekali.

"Waktu diturunkan wahyu, yakni ayat al-quran, Nabi Muhammad hafal je apa yang Jibril bagitau. Lepas tu Nabi bagitau sahabat. Sahabat2 pulak hafal dan bagitau orang2 lain. Sampailah satu masa, al-quran ditulis dan jadilah al-quran satu buku macam yang kita pegang ni."

"Diorang hafal semua ni?" Dengan tangan diisyaratkan ke arah al-quran, mata Umar dibesarkan. Aku senyum sambil mengangguk.

"Woaa." Umar sengih.

"al-quran ni, bukan turun satu buku terus tau. Jibril sampaikan sikit2 kat Nabi Muhammad, Nabi hafal dan bagitau sahabat2. Pastu sahabat2 pun hafal. Dan diorang sebarkan.

Umar tau tak wahyu pertama yang turun pada Nabi Muhammad?"

Umar menggeleng. Aku selak al-quran ke surah al-'alaq.

"Ayat 1 sampai 5 ni la wahyu pertama." Sambil aku tunjukkan ke arah ayat dari surah al-'alaq.

"Waktu tu, Nabi Muhammad dalam gua. Menyendiri dari kaum baginda yang berdosa. Orang mekah waktu tu sembah berhala, berjudi, mencuri. Nabi Muhammad tak suka. Jadi Nabi naik ke gua hira'.

Tengah Nabi duduk sorang2 tu, datang malaikat Jibril. Malaikat ni bukan macam manusia tau.

Malaikat Jibril suruh Nabi baca. Nabi kata, "aku tak tau membaca." Jibril suruh lagi. Nabi ulang balik. Last sekali, Jibril sebut
iqra' bismirabbikalladzi khalaq
Nabi pun ikut yang Jibril sebut."

Untuk lebih feeling, aku tutup mushaf al-quran di antara aku dan Umar. Aku pandang mata Umar.

"Umar try ikut ok?" Umar mengangguk faham.

Aku bacakan sedikit demi sedikit ayat 1-5 surah al-'alaq. Dan Umar mengikut perlahan-lahan.

"Itulah ayat yang Jibril awal2 sampaikan pada Nabi."

Aku buka kembali mushaf.

"Sama tak dengan yang kita baca tadi?"

Umar menyemak ayat dalam surah al-'alaq lalu memandang aku. Tersengih2 seraya mengangguk.

"Dulu Nabi hafal satu2. Sampailah ke kita ni. Takde beza pun. Hebat kan Allah jaga al-quran ni?" Umar mengangguk. Masih menyemak ayat tadi.

"Umar, kalau Umar lah, tengah duduk sorang2, tiba2 ada makhluk yang bukan manusia datang kat Umar, suruh Umar buat benda yang Umar tak reti, apa Umar rasa?" Aku tanya.

"Takut?"

"Betul. Nabi pun takut juga masa tu. Bila selesai, Nabi terus balik rumah. Nabi bagitau kat isteri Nabi minta selimutkan baginda."

Tau tak waktu Nabi tengah takut tu Allah turunkan ayat yang mana pulak?" Umar menggeleng.

Aku selak al-quran ke halaman surah al-muddaththir. Aku minta Umar baca terjemahan ayat pertama.

"Wahai orang yang berselimut." Umar membaca.

"Tadi lepas Nabi balik rumah, apa Nabi buat?" Aku tanya Umar.

"Nabi mintak isterinya tolong selimutkan." Setelah sesaat dua, Umar tergelak.

"Wahai orang yang berselimut!" Umar ketawa. Aku ikut ketawa. Ya Allah, muka dia waktu tu buat aku rasa akulah kakak yang paling happy kat dunia ni.

"Rasa macam al-quran ni cakap dengan Nabi kan?"

Umar mengangguk sambil tersengih2.

"Tapi kan Umar, al-quran ni bukan untuk Nabi je. Sebab tu lah Allah jaga al-quran ni, bagi kita pun boleh baca, kita pun boleh rasa yang Allah cakap dengan kita.

Ada sorang lelaki ni. Nama dia Ruben. Dia bukan Islam, dia tak percaya pun Tuhan tu ada. Satu hari, Allah uji dia. Mak ayah dia bercerai, dia ada banyak masalah, dia ada kes polis, minum arak, jadi dia sedih sangat. Rasa tak tenang. dia pikir kenapa dia hidup ni? Takkan untuk mati je.

Jadi dia rasa dia nak cuba ikut satu agama. Semua agama yang dia ikut, dia rasa ada pelik jadi dia tak ikut. Sampailah dia nak try agama Islam. Dia pegi masjid, jumpa orang kat sana sebabb nak tau pasal Islam. Bila dia tanya imam ke, orang masjid ke, semua soalan dia ada jawapan dalam al-quran.

Jadi dia rasa, Islam ni betul kot. Dia baca al-quran, cari pasal Allah. Pastu dia tau. Islam ni la yang sebenarnya yang betul. Tapi dia belum masuk Islam.

Satu hari, dia rasa bersedia nak masuk Islam. Dia duduk elok2, pasang lilin.

Dia kata kat Allah, "ya Allah, aku tau dah Islam ni betul. Tapi aku nak bukti sikit je. Bagi tingkap ni terbukak tertutup ke, bagi api lilin ni menyala ke meletup ke." Dia tunggu, tapi, tak jadi apa.

Dia pikir, mungkin Allah sibuk kot. Jadi dia doa lagi sekali. Dan tak jadi apa jugak. Semua sama je.

Ruben pun pikir, takkan Allah tak nak bagi dia masuk Islam kot. Pastu dia bukak al-quran. Dia baca ayat al-quran. Pastu dia tengok terjemahan. Terjemahan tu tulis
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran. 
(Al-Baqarah:164)
Allah kata langit, bumi, siang, malam, Allah dah jadikan bukti kuasa Allah, bukti Allah tu ada. Tapi orang yang nak berfikir ja akan faham bukti2 ni.

Dia betul2 rasa Allah cakap dengan dia. Sebab dia tengah cari bukti. Tapi dia minta Allah buat bukti kecik2 kat dia. Padahal Allah dah cipta banyak benda kat dunia ni sebagai bukti. Alhamdulillah, dia pun masuk Islam lepas tu. Nama dia sekarang Abu Bakr Ruben"

"Woaa." Mata Umar membulat.

"Best kan?" Aku tanya Umar. Dia angguk. Masih tersengih2.

"Macam Allah cakap dengan dia," kata Umar, takjub (mungkin).

Aku senyum. Tubuh kecil itu aku peluk. Aku pun takjub, dek.

midnight thought

aku tau, dalam usia ajet2 remaja ni, mesti ramai (termasuk aku) yang selalu gak terpikir pasal jodoh, nak jadi a good spouse, nak didik anak macam mana, nak bagi anak nama apa, bilik anak kaler apa.

normal la tu kan?

tapi ramai jugak yang berangan2 macam ni tapi hubungan dengan mak ayah, dengan adek beradek, hancus.

aku rasa la daripada kita sebok2 berangan2 nak jadi a good parent, baik usaha sehabis baik untuk jadi yang terbaik dengan orang yang dah tertakdir berada dengan kita sekarang. mak ayah, adek beradek, atuk nenek, anak2 sedara.

sebab kita tak pasti pun lagi sempat nak kawin ke tidak atau ada rezeki ada anak atau tak, kan?

p/s : but still kena usaha jadi muslim yang baik. mohon jangan kecam

13 Apr 2016

si pencuri berserban

teguran ini
buat akulah yang pertama2.
buat sang diri
yang sering mencari salah manusia.

"lihatlah akan dia,
dia berdosa.
apakah tidak dia tahu,
perbuatannya nista?

lihatlah akan dia,
dia bermaksiat.
tiadakah dia malu,
sedang Allah itu Maha Melihat?"

merasa hairan,
mengapa manusia tegar berlaku begitu.
sesaat lupa,
aku lebih teruk di zaman jahilku.

kadang aku lupa.
sebelum disapa cahayaNya,
aku juga pendosa.
bahkan masih juga kini dan selamanya.

*****
(dah tak reti nak berbasa-basi)

kadang2 kita menipu diri sendiri. something happened. kita ceritakan, kata nak ambil pengajaran. tapi lepas part pengajaran tu habis, masuk semua part2 lain.

contoh;
kisah seorang lelaki yang mencuri ayam. 

tersebutlah dalam sebuah kampung, seorang pak leman membela ayam. satu hari ada orang curi ayam pak leman. jiran hujung kampung nampak seorang anak muda berserban mencuri ayam tu masa dia lalu otw balik from warung. dia bagitau pak leman. tapi, pencuri dah lari dengan ayam.

lalu hebohlah kesah ayam pak leman dicuri sang pemuda berserban. malam itu keluarga pak leman buat mesyuarat tergempar. mana taknya, ayam tambatannya hilang. dan dialog ini pun berlaku

PL: keluargaku, (ceh) ayam tambatan bapak sudah hilang. jiran hujung kampung tu nampak ayam bapak dicuri seorang pemuda berserban. *sobs*
A: berserban? mashallah! dah la berserban, mencuri? *geleng2kepala*
B: jiran tu nampak tak dia pakai baju apa?
C: ni la dunia sekarang, Islam pada serban je! besar tak serban dia?
A: pelik la dunia akhir zaman ni, sanggup diorang buat macam tu? tak tau ke berdosa?

-sekian-

aku hentikan cerita dongeng ni kat sini. moga2 korang dah nampak maksud aku. 

memang la apa yang dia buat tu salah. tapi tak baik la kalau kita cakap macam kita tak penah buat dosa langsung. tak baik la kalau cakap tu macam kita menghina. aku tak menangkan salah dia. tapi aku sedih bila kita ungkit lebih2. ya, aku pun selalu buat. sebab tu aku tegur diri sendiri. 

especially kalau benda ni jadi kat diri kita, or keluarga terdekat kita. susah untuk kita keep calm en.
tapi, ni sangat2 lah untuk diri aku,
kau suka ke kalau kau buat salah, orang ungkit sampai macam tu?
mungkin ada yang kata
"yelah, but on his part, dia tak patut buat macam tu."
sayang, we won't be accounted for what he did. but we will be accounted for apa reaction kita terhadap benda yang jadi tu. and are we gonna spend our time now mencela perbuatan dia?
"i know, tapi kalau jumpa dia, kita kena tegur. ad-diinu nasihah, right."
yup. betul. tapi what are we doing behind his back? ni bukan menegur.
"memangla. tapi kena la ambil pengajaran, kan?"
ok.

*senyum*

i think there's a better way untuk ambil pengajaran. like maybe, kita boleh go straight to the point, tell people it's wrong to steal other person's stuffs. kalau boleh jangan kaitkan dengan pelaku tu. better?

*****

imagine satu situasi di mana satu maksiat berlaku. dan pemaksiatnya bukan kita.

kadang2 Allah letakkan kita dalam satu posisi, di mana kita aware of maksiat yang berlaku tu. tapi kita takde kuasa (atas apa jua sebab) untuk halang pelaku maksiat, daripada terus bermaksiat. 

honestly, dalam situasi tu, benda yang paling mudah untuk kita buat, ialah mencanang cerita tentang maksiat tersebut dengan alasan nak ambil iktibar. 

percayalah. syaitan akan buat kita rasa naaaaak sangat sebarkan pasal maksiat tu. walaupun kita tak sebut nama pelaku.

nasihat aku, kalau waktu2 macam tu sampai, dan korang ada dalam posisi tu, tutuplah mulut2 dan telinga2 korang. rantai umpatan dan rantai fitnah terputus apabila ia tiba ke telinga seorang mukmin.

stop the ignorance. moga Allah redhai kita.

i don't know. doakan moga aku kerjakan apa yang aku katakan. bukan nak bajet baik, tapi ad-diinu nasihah, right :)

p/s: i haven't written this type of post for a verrry long time dah. maaf kalau tak paham. jzkk


10 Apr 2016

fresh

that feeling you have after a cool shower after a tiring hot day
sooo fresh i tell you (and also so sleepy)

and more fresh stuffs;

  • i've just finished rearranging my room (jadi ala2 bilik asrama since i'm no longer staying kat kolej)
  • aaaaand a new blog. kinda (for reasons)
 sooo yup. yup.