19 May 2016

wanita yang tak buat apa2

haritu aku ikut parents pergi suatu tempat. otw balik kami singgah masjid yang namanya tak perlu diketahui untuk solat zohor.

lepas wudhu', aku masuk dewan solat. lengang je. mak aku baru nak wudhu', aku masuk dulu. ada 2 orang selain aku. sorang kat penjuru kiri, pakai telekung, atas kerusi, sedang solat, mungkin. lagi sorang di penjuru kanan. pakai tshirt biasa2, tudung biasa2. sedang baca al-Quran. tetiba aku teringat DQ.

alhamdulillah, solat tahiyyatul masjid, solat zohor, ba'diah, bertambah sikit orang kat masjid tu. tapi aku perasan orang yang mengaji tu, still dok mengaji. dia baca pelan je. aku tak paham pun apa dia baca, tapi aku jadi terkesan sangat.

dah berapa lama aku tak mengaji lama2 macam tu? aku rasa rasa aku dah futur. tak, waktu tu aku acknowledge the fact yang aku dah futur. dan aku dah banyak give in dengan kefuturan aku. solat takde feel, baca al-Quran takde feel.

sepanjang aku kat rumah, doa sekadar di lisan, tapi waktu tu aku betul2 mintak dengan Allah. aku nak sangat. minta dijadikan hamba yang mempelajari kitab Tuhannya dan mengajarkannya. dan sebab mak aku tak selesai solat lagi, aku sempatkan diri capai al-Quran. baca sikit sebelum mak aku siap.

once mak aku dah selesai semua, aku nak letak telekung, aku keluarkan duit sikit. pergi kat wanita tadi, salam dia. dalam tangan dia aku selit duit tadi.
"eh? apa ni? takpe2. saya tak buat apa2 pun," dia cakap, sebak.
mata dia berkaca2. seketika kitorang saling "eh, takpe." kat situ. pastu dia menangis. aku tak tau apa yang dia lalui waktu tu. apa2 pun, moga Allah kurniakan kesabaran kat dia.
"terima kasih. terima kasih sangat."

aku speechless gila. dia tak tau apa yang dia dah buat TT.TT aku pun, alang2 orang dah nangis, aku nangis la sekali. pastu kami peluk 2 orang.
"doakan saya, ya." aku cakap kat dia.
dia angguk.
"moga selamat," dia kata.
pendek je doa tu. tapi aku rasa tenang sangat. pastu kami berbalas senyum, pastu aku ikut mak aku keluar.

hari tu jadi saksi. tak, Tuhan jadi saksi, masjid tu jadi saksi, seluruh anggota aku jadi saksi, wanita tu tak buat apa2 pun. dia cuma mengaji. tapi Allah jadikan dia sebagai asbab kesedaran aku. besarnya nanti ganjaran untuk dia.

aku harap dapat masuk syurga, berjiran dengan dia dan orang2 hebaddd lain.

10 May 2016

untuk kamu

aku tak sempurna

i never was
never am
and never will i ever be

jadi aku tak harapkan korang jadi macam aku

aku just harap korang diredhai Allah
tu je

aku takut
seriyes
kita bukan makin kecik

masing2 dah makin besar
bawak hidup masing2
bawak haluan masing2

aku harap jalan asing2 yang kita pilih ni,
jalan yang betul

cari kawan baik2
jangan berhenti menuntut ilmu agama
buat yang terbaik
ikut syari'at Allah
tajdid niat selalu
do'a

aku sayang korang
fillahi
lillahi

yang tak berhenti menyayangi despite the marah2,
akak

8 May 2016

lost

banyak post malam ni. hati tak keruan. ditampar post menyentap.
atau layak aku katakan ditampar dengan sekadar sentuhan?
Kehidupan di bawah bayangan al Quran ini adalah nikmat. Ia satu nikmat yang tidak dapat dirasai melainkan oleh orang yang mengecapinya sahaja. Benarlah tinggalan pesanan Sayyid Quttb guru kita yang kita kagumi itu. Nikmat ini, nikmat yang membersihkan usia seseorang, meluhurkan dan memberkati. 
(sumber) 
aku rindukan merasa jalan ini adalah nikmat. aku rindu berbagi ta'jub dalam mentadabburi i'jaz kalamullah. aku rindu. aku rindu. aku rindu.

aku tak tau di mana aku sekarang. aku tak tau. aku lost gila.

Tuhan, jangan izinkan aku mati begini. Tuhan, aku mohon.

melolong

generasi harapan - izzatul islam

dimana dicari pemuda kahfi
terasing demi kebenaran hakiki
dimana jiwa pasukan badar berani
menoreh nama mulia perkasa abadi

umat melolong di gelap kelam
tiada pelita penyinar terang
penunjuk jalan kini membungkam
lalu kapankah fajar kan datang

mengapa kau patahkan pedangmu
hingga musuh mampu membobol betengmu
menjarah menindas dan menyiksa
dan kita hanya diam sekedar terpana

bangkitkan negri lahirkan generasi
pemuda harapan tumbangkan kedzaliman

wajah dunia Islam kini memburam
cerahkan dengan darahmu
panji Islam telah lama terkulai
menanti bangkit kepalmu

bagi yang tak kesah dengar muzik, pegi dengar. aku recommend

*****
lolong, lolongan I bunyi suara yg keras dan panjang, jerit, raung (anjing dll): dia mendengar ~ anjing yg semakin kuat;
melolong meraung (anjing), menjerit, memekik (spt perempuan meratap): anjing itu ~ semalam-malaman; ia ~ apabila mendengar berita buruk itu
terlolong-lolong menangis terjerit-jerit, terpekik-pekik

*****
aku tak tau korang kesah ke tak. kalau benda ni bermanfaat, moga korang dapat manfaatnya. kalau tak, moga Allah jaga korang daripada post ni. 

aku terkesan gila2 dengan part

umat melolong di gelap kelam
tiada pelita penyinar terang
penunjuk jalan kini membungkam
lalu kapankah fajar kan datang

especially part melolong tu #deep

mungkin kita akan rasa lolongan umat tu macam tangisan anak2 di bumi syria. atau ratapan isteri di palestin. mungkin lah.

kalau boleh la, aku nak ajak kita semua rasa yang 
huha2 kat disko,
gelak2 berjoli,
bunyi motor merempit tengah malam,
orang meracau ambik dadah,
retis menyanyi2 benda2 maksiat,
orang mencarut2,
tu semua lolongan umat. jeritan dorang. ratapan. menangis.
umat dalam gelap. tapi diorang tak sedar pun benda tu gelap. kalau kau tak pernah nampak cahaya, kau takkan tau cahaya tu wujud.

dan dalam gelap tu, dorang terjerit2, meraung2, hidup dorang kosong, tapi tak tau nak isi dengan apa. kita dengar dorang melolong, tutup telinga, condemn.

dan kita yang dah ada kesedaran, kalau tak rasa dengan penuh sayangnya nak ajak umat sama2 mengenali cahaya Tuhan, tau nak condemn pemaksiat je,
bila dorang nak kenal cahaya?
bukankah Rasulullah di utuskan untuk membacakan tanda2 kebesaran Allah pada manusia, mensucikan mereka dan mengajar mereka kitab (syari'ah) dan hikmah (rujuk kupasan ustaz nouman in surah jumu'ah. may Allah bless him and his family and us all)?

bacakan tanda kebesaran dulu.

umat memerlukan. sangat.

lolongan kuat dunia ni, kalau kita tak cuba tenteramkan, gelap pekat dunia ni kalau kita tak cuba tunjuk jalan
lolongan tu akan jadi pekikan kuat yang menakutkan kat akhirat nanti. bila suara2 ni mula menyalahkan kita depan Tuhan, kenapa kita tak cuba kenalkan umat dengan cahaya Allah.
p/s : aku tak tau kalau korang tak rasa benda ni berat. atau kalau benda ni tak bermanfaat. maaf. aku memang suka feeling deep2 benda2 macam ni.

a hadza lillahi?

cela pada langkah
lompong pada hati

cacat pada setiap yang kulakukan
ragu pada setiap perbuatan

terpunduk aku tertanya sendiri
a hadza lillahi?

5 May 2016

triggered

i'm triggered to write
so much so,
i'm ranting in my head
and my palms are sweating
dah tu, tulis je lah. why the big fuss? *mukatakbolehbelah*
ikut hati, aku nak tulis blog macam masa jahiloyah dulu.
rant all i want,
menangkan hati,
menangkan nafsu.

たすけて