Alhamdulillah. Atas nikmat kurniaan hidup, atas nikmat kurniaan nafas, iman, Islam. Alhamdulillah atas segala yang diberi dan segala yang dijauhi. Alhamdulillah. Kita mensyukuriNya atas segala musibah yang menimpa seperti mana kita mensyukuriNya atas setiap nikmat yang dikurnia. Alhamdulillah, thummal hamdulillah. Dan seterusnya, saya tetap memulangkan segala sembah dan puji hanya kepada Dia. Alhamdulillah.
*****
Kita Belajar Untuk Apa?
Manusia normal tak lepas daripada berasa tertekan dan kecewa. Kan? Dan kita kecewa apabila kita tidak mendapatkan apa yang kita mahu. Kan? Atau apakah anda merasakan bahawasanya manusia kecewa andai mendapat apa yang diinginkannya? Sudah tentu tidak.
Sekarang, kita aplikasikan perihal kecewa ini dalam situasi kita sehari2an, yakni sebagai pelajar. Anda kecewa tak kalau markah kuiz anda 0/5? Atau anda gagal dalam peperiksaan anda? Bagi yang merasakan kecewa dengan kedua2 situasi di atas, saya ada soalan untuk anda.
"What do you expect out of learning? Dalam erti kata lain, apa yang anda nak sebenarnya daripada usaha anda belajar sehari2an ni?"*krik.. krikk...*
Sudah tentu anda mengharapkan markah penuh untuk peperiksaan anda atau lulus atau paling tak pun, belajar sebab nak boleh jawab periksa. Jadi bila anda tak dapat, anda kecewa. Kan?
"Alaa, siapa yang tak belajar untuk berjaya? Habis nak belajar untuk apa? Gagal?"Tak. Belajar kerana Allah. Untuk jadi hamba yang lebih baik dan untuk bantu agama Allah.
"Belajar kerana Allah?"Untung. Mana2 situasi pun untung.
Let me give you an analogy of a war.
Bayangkan di satu pihak ialah orang2 yang beriman kepada Allah dengan sebenar2 iman, dan di pihak yang lain ialah orang yang tak begitu beriman dengan Allah. Dalam sesuatu peperangan, the possibilities of the events yang mungkin terjadi kepada pejuang2 dalam peperangan itu ada 3.
- menang
- kalah
- mati
Kan?
Sekarang, bayangkan ketiga2 possibilities tu dari kaca mata seorang mu'min.
- menang (menegakkan syi'ar Islam dan disebabkan dia berjuang kerana Allah, Allah redha dengan dia dan inshaallah ada tempat di syurga.)
- kalah (mungkin tak dapat apa2 di dunia, tapi disebabkan dia telah berjuang kerana Allah, Allah redha dengan dia dan inshaallah ada tempat di syurga.)
- mati (disebabkan dia berjuang kerana Allah, dia mati syahid, Allah redha dengan dia dan inshaallah ada tempat di syurga.)
Untung. Mana2 situasi pun untung.
Tapi kalau dilihat dari kaca mata yang kurang beriman dan tak berjuang kerana Allah dan berjuang hanya kerana kepentingan dunia (sebab berjuang tu kerja dia, atau sebab ego atau memang sebab nak menang ja);
- menang (ya lah, menang di dunia, tapi setakat tu ja dia dapat, tanpa redha Allah.)
- kalah (dah la kalah, tak dapat apa dia nak, Allah tak redha pulak tu.)
- mati (ini, mati katak namanya, dah la tanpa redha Allah jugak)
Rugi. Mana2 situasi pun rugi.
"Ni perang. kita tengah cakap pasal exam kan?"Samalah situasinya dengan peperiksaan pun. Kalau kita tak study kerana Allah, kita cuma 'untung' andai kita excel dalam studies. (itupun untung dunia ja) Atau dapat markah tinggi dalam exam. Tapi kalau kita belajar kerana Allah, gagal ka, lulus ka, markah tinggi ka, rendah ka, semuanya untung untuk kita.
"Tapi cukup ke sekadar menzahirkan niat lillahi pada lisan?"Sudah tentu tidak. Pasti ada benda2 lain yang perlu dibuat dan adab2 yang perlu dijaga.
Belajar Kerana Allah
Lalu apa itu belajar kerana Allah?
syukur
Secara jujurnya, bila kita belajar kerana Allah, untuk ilmu Allah, kita seharusnya bersyukur dengan ilmu yang Allah bagi kat kita. Walaupun sedikit. Syukurlah kita faham walaupun sedikit. Syukurlah kita masih mampu belajar bila ada sahaja manusia2 di luar sana yang tak berkesempatan mendapatkan rezeki belajar seperti yang kita dapat. Walaupun boleh jawab 50% sahaja daripada keseluruhan peperiksaan, kita masih boleh jawab. Allah masih bagi kita rezeki ilmu untuk faham dan jawab 50%. Yang lagi 50%, mungkin belum dapat. Mungkin juga takkan dapat sampai bila2. Tapi sekurang2nya niat kita untuk mempelajari ilmu Allah itu tercapai. Gitu.
jangan kedekut ilmu
Kita nak ilmu Allah. Expect Allah untuk jadi pemurah dengan kita supaya kita dapat ilmu tu. Takkan kita pulak nak jadi kedekut dan tak mau share ilmu tu dengan orang lain pulak? Lagipun, bila kita berkongsi ilmu, kefahaman kita akan bertambah. Nah, bukankah itu yang kita mau?
jaga adab belajar
Kita nak mintak barang orang lain, mestilah mintak secara beradab kan? Nak ilmu Allah pun ada adabnya.
Hormati guru; walaupun beliau ajar memang tahap tak faham, jangan kutuk beliau. Jangan tengking beliau. Jangan buat muka kat beliau. Jangan sindir beliau. Instead, selalu tolong guru. Buat homework and assignments. Dan kalau yang belajar dengan kawan, dia ialah guru anda. Jangan nak buat biadap walaupun dia sebaya atau lebih muda.
Hormati ilmu; jangan letak buku merata2, jangan koyak2 buku atau conteng yang tak patut. Instead, ambil wudhu' sebelum belajar. Ilmu itukan suci. Hadapilah ilmu dalam keadaan yang terbaik. Pakai pakaian yang bersih. Duduk sopan2 sikit!
Baca doa; doa kan senjata mu'min. Don't underestimate the power of a du'a. Doa tu permintaan hamba kepada Tuhan. Jadi, minta lah moga dipermudahkan urusan belajar.
allocate masa untuk Allah
Janganlah sebab nak study, solat habis tunggang langgang. Laju jangan cakap lah == Jemaah dah tak pergi. Stay up lambat sangat sampai tak tahajjud. Lagi teruk, sampai tertinggal subuh. Baca buku intense sangat sampai langsung tak baca Al-Quran. Jangan. Instead, banyakkan sedeqah, tahajjud, baca Al-Quran. Kita nak mintak daripada Allah, kenalah perbanyakkan buat benda2 yang Allah suka. Kan?
redha dengan apa yang Allah bagi
Lepas dah buat semua yang termampu dalam lingkungan kemampuan manusia, bertawakkallah pada Allah dan redha. Redha dengan apa? Dengan banyak mana pun ilmu yang dia nak bagi. Mungkin 100%. Mungkin 0%. Tapi, kena bersyukur. Segalanya ditentukan Allah dengan hikmahNya. Kita mengakui bahawa Dia yang paling Bijaksana dan paling Mengetahui. Siapa kita nak pertikaikan caturan Allah? Ingat, manusia hanya mampu berusaha. Yang menentukan di akhir hari, bukan dalam kekuasaan kita.
Jangan Salah Faham
Konsep redha dengan apa sahaja yang Allah berikan ini, bukanlah bererti anda berputus asa dan bukan juga bermaksud manusia tak boleh berusaha mengubah nasib mereka. Seharusnya, bila kita dah habis peperiksaan contohnya, muhasabah semula. Pelajaran apa yang kita masih kurang pemahaman, kita lalu tingkatkan usaha. Belajar, buat ulangkaji. Bukanlah biarkan tergantung, tidak faham sebegitu sahaja.
Tak, itu satu fahaman yang salah lagi dipersalahkan. Redha memang redha. Tapi usaha lagi. Bab rezeki, makan minum sehari2 pandai nak usaha tambah, ilmu pun kena macam tu jugak."Nak buat macam mana, setakat ni sahaja ilmu Allah nak bagi. Tak payah la nak susah2 belajar, ulangkaji. Aku redha ja."
Menukar Niat Itu Tidak Mudah
Sebagai manusia yang sangat lemah lagi dha'if ni, tak ada yang mudah bagi kita. Nak hidup pun kena ada Allah.
Sebab tu kita kena mintak kat Dia. Bukankah Dia sumber segala kuasa dan upaya? Bukankah Dia mampu buat apa sahaja yang Dia mau?
Dan bukankah Dia Maha Mendengarkan segala doa?
Maka berdoalah dan ubahlah.
Walau tak senang, tapi ubahlah. Kerana Allah. Baik mula sekarang. Inshaallah belum terlambat. Ubahlah, kerana kalau nyawa sudah di kerongkongan, tiada yang tidak sia2.
Moga dikuatkan. Kita semuanya.